Gula! Oh Gula! Kemana Kau Menghilang?


PERHATIAN!!!
Produk STEVIA disini telah kehabisan stok buat sementara waktu.
Harap Maklum!





Asyik!Asyik Masalah Gula hilang... Bila mau selesai da???

Hampir saban tahun, sejenis keperluan asas makanan rakyat yang bernama GULA pasti menghadapi krisis dan kekurangan bekalan walaupun ianya adalah salah satu barangan kawalan oleh kerajaan. Yang menghairankan, waktu kekurangannya juga hampir sama iaitu waktu sebelum bermula bulan puasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri antara waktu yang mana menampakkan kekurangan ketara bahan tersebut. Perayaan lain tiada masalah pulak. Pelik bin ajaib Malaysiaku ini...

Krisis gula di negara kita ini bukan sekali 2 tetapi sudah acapkali berlaku. Bukan seorang menteri bertukar tangan tetapi krisis ini tetap menjelma juga. Setiap kali krisis gula ini berlaku, akan timbullah 'lawak bodoh' supaya mengurangkan penggunaan gula untuk mengelakkan penyakit kencing manis. Hatta khutbah jumaat di masjid-masjid pun bercakap memberi peringatan bahaya kencing manis ini. Macamlah kita pengguna ni tidak tahu langsung info bahayanya penyakit itu.

Bila krisis gula ini berlaku, timbul masalah kepada para peniaga makanan, minuman dan kuih-muih. Perniagaan mereka pastinya terjejas. Jika permintaan tinggi terhadap makanan, misalnya kuih raya, para peniaga tidak boleh memenuhi permintaan itu, lantaran bahan utama iaitu gula kehabisan stok @ disorok @ harga yang dijual terlalu tinggi. Inilah bahananya akibat krisis gula yang menyusahkan rakyat 1 MALAYSIA dan juga menjejaskan ekonomi negara apabila para peniaga, pihak industri, IKS dan pengguna seperti kita tidak memperolehi bekalan pada kadar dan harga yang tetap.

Dimanakah KPDNHEP dalam isu ini? Pelbagai jawapan diberikan, namun pihak pekedai selalu sahaja disalahkan (Saya tak kata mereka tidak bersalah) namun begitu mengapa masalah ini terus berulang apabila jalan cerita dan skripnya hampir sama setiap tahun. Macam-macam polisi nak digunakan, import sinilah import situlah....last last berlaku juga masalah gula ni. Rakyat 1 Malaysia sudah bosan, muak dan jemu untuk berhadapan dengan episod ulangan ini setiap tahun. Apa yang kita mahu, gula perlu cukup dan mampu dibeli oleh pengguna.

Sehingga saat ini, tiada pihak tampil memberi gambaran sebenar mengapa masalah gula ini berlaku. KPDNKK, pengeluar, pemborong dan peruncit hanya mendiamkan diri, manakala pengguna seperti kita terus menjadi mangsa situasi ini. Apakah pihak kerajaan dan kementerian juga sudah mati akal dan tidak mampu menyelesaikan masalah ini? Siapa dalang sebenarnya krisis gula ini? Siapa yang cuba 'menangguk di air keruh'?

Di sini, mari kita kupas bersama-sama masalah krisis kekurangan gula ini dengan lebih lanjut.
Adakah kerana ia benar-benar berlaku atau disengajakan?
Apakah puncanya dan bagaimana penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut gula ini?


Bagaimana yang dikatakan kita mengalami 'Krisis Bekalan Gula'?




a] Gula tiba-tiba naik harga
Baru aje naik Jumaat 16 Julai lalu. Suka x suka kita sbg pengguna perlu akur dan menerima hakikat kenaikan harga gula sebanyak 25 sen tanpa sebarang amaran awal.Tetapi tengoklah nanti, masalah bekalan mesti berlaku juga nanti. (jika anda perasan, gula akan sama naik harga bersama petrol,diesel dan gas - macam berjanji pulak setiap tahun)
b] Gula kena catu
Di pasaraya, Polisi "Seorang Pembeli Sebungkus Gula" @ "1 Malaysia 1 Kilo Saja" mula diperkenalkan dan bekalan gula diletakkan bukan lagi di rak yang telah disediakan sebaliknya di kaunter bayaran. Keadaan ini menyusahkan orang ramai kerana terpaksa berbaris panjang demi mendapatkan bekalan gula yang terhad itu.
c] Gula tiada stok
Peniaga-peniaga runcit mendakwa tidak dapat menjual gula kerana tiada bekalan daripada pemborong.
d] Bekalan Gula Kurang di Negeri2 Tertentu.
Stok gula mula berkurangan di negeri2 pantai timur semenanjung yang berdekatan dengan sempadan Thailand. Laporan akhbar juga menyebut betapa mudahnya mendapatkan gula bersubsidi di negara jiran yg bersempadan dgn Perlis sedangkan di negeri yg sememangnya pengeluar gula, bekalan itu sukar diperolehi. Buat malu ajek!
e] Pembelian panik Gula .
Pengguna membeli gula melebihi keperluan biasa kerana panik apabila gula mula susah didapati.


Bila Selalunya Terjadi?

a] Awal bulan puasa Ramadhan
b] Menjelang Hari Raya Aidilfitri
c] Selepas Pilihanraya Kecil (PRK)
d] Yang Terbaru...Selepas Parlimen habis bersidang
Supaya 'pihak pembangkang' tidak dapat membantah & membawa usul itu untuk dibahaskan di parlimen.


Alasan Terjadi?

a] Bahan Mentah iaitu Tebu Berkurangan
Masalah pengeluaran yang dialami oleh Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd yang hanya mampu mengeluarkan sebanyak 50% sahaja gula kerana bahan mentah telah berkurangan kerana ladang tebu di Perlis rosak ditenggelami air ekoran masalah banjir baru-baru ini.
b] Import Gula Mentah Berkurangan
Import gula mentah dari Brazil berkurangan. Ini bermakna, kita masih banyak bergantung kepada bekalan gula kasar dari Brazil & Australia.
c] Gula kena sorok
Gula kena sorok oleh pekedai, pemborong dan peruncit kerana mahu memberi tekanan kepada kerajaan dengan harapan kerajaan akan menaikkan harga gula apabila bekalan gula berkurangan di pasaran.
d] Gula kena seludup ke Thailand
Hairan kan? Bagaimana penyeludupan gula ke negara jiran terutama Thailand boleh berlaku sedangkan kita ada kawalan keselamatan,pos pemeriksaan kastam,polis,dan UPP? Bagaimana para penyeludup boleh terlepas dari sekatan pemeriksaan ini? Adakah kegiatan rasuah berleluasa di sana?
e] Pengguna panik beli stok berlebihan
Pengguna yang mula merasakan gula mula susah didapati mula membeli kuantiti yang banyak untuk dibuat stok. Ini memburukkan lagi keadaan.
f] Penggambilan gula yang berlebihan oleh pengguna
Kata kerajaan, rakyat 1 Malaysia mengambil gula yg banyak sampai tak cukup bekalan. Bolehkah kita terima dgn alasan yg x masuk akal ini walhal jika difikirkan betul2 kadar pengambilan gula oleh setiap isi rumah biasanya pada kadar yg sama setiap minggu/bulan. Kita cuma membeli gula pada kadar yg tinggi hanya di musim kenduri dan perayaan. Adakah anda bersetuju dgn saya? Anehnya kita pengguna tetap dipersalahkan di atas kekurangan yg berlaku.


Bila Terjadi, Pekedai/Peruncit Mulalah Buat Syarat Yang Tidak Munasabah...

a] Kena belanja RM10@RM20@RM100 dulu baru dapat beli gula.
Kes ini terjadi di Seremban,NS.
b] Surat nikah untuk 1kg gula.
Kes ini terjadi kepada seorang wanita di Dungun,Terengganu.
c] Bawa kad jemputan kahwin untuk beli gula.
Juga di Terengganu, sesiapa yang nak buat kenduri kena tunjuk kad kahwin dulu baru boleh beli gula dengan jumlah yang banyak.





Ini Hanya Penyelesaian Sementara Sahaja...

a] Terpaksa beli gula di Golok Thailand walaupun mahal
Penduduk Rantau Panjang, Kelantan terpaksa berperahu menyeberangi Sungai Golok semata-mata untuk membeli gula walaupun harga di sana jauh lebih mahal iaitu RM2.50 sekilogram. Yang menghairankan, gula di Thailand boleh diperolehi dengan mudah tanpa ada syarat yang menyusahkan. Jenama gula bersubsidi dari Malaysia pulak tu! Mesti sempadan senang 'bolos' ni.
b] Kerajaan mula terfikir nak kurangkan @ hapuskan subsidi gula
Dah selaras/kurangkan pun cuma x hapus lagi aje subsidi pada 16 Julai lepas. Sebenarnya kerajaan menaikkan harga gula bukannya memberi subsidi. Pi mai pi mai rakyat juga kena tanggung.
c] Stok penimbal gula diaktif semula.
Stok penimbal gula bermaksud stok yang dibawa masuk untuk menambah bekalan ekoran permintaan yang tinggi dan digunakan ketika kes kecemasan melibatkan pembekalan gula kepada peruncit.


Apakah Tindakan Yang Diambil Kerajaan Dalam Isu Gula ini? Berkesankah?

a] Menyerbu premis yang didapati menyorok bekalan gula.
Larat ke nak serbu? Yang jumpa beberapa kerat aje.. yang seludup lagi ramai...
b] Melaksanakan semula lesen barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Keputusan ini dibantah oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia(PPPBRM) malah mengugut untuk tidak menjual barang kawalan jika kerajaan melaksanakannya. Akta ini bertujuan untuk membolehkan kerajaan memantau bekalan gula pada peringkat runcit bagi memastikan tidak wujud ketirisan spt kegiatan menyorok bekalan atau diseludup ke negara jiran.
c] Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.
Memerlukan setiap peruncit memohon lesen jika ingin menjual barang yg disenaraikan sbg barang kawalan di musim perayaan.
d] Mengetatkan kawalan di pintu2 sempadan
Untuk memastikan tiada aktiviti penyeludupan. Sbg contoh, pihak kastam giat menjalankan pemeriksaan terhadap kapal2 yg disyaki dan meningkatkan kawalan di lokasi2 kritikal yg dikenalpasti sbg pintu utama penyeludupan barangan di kawasan perairan negara.
e] Unsur Rasuah diselidiki.
Pihak SPRM digesa supaya memantau sempadan negara drp unsur rasuah yang mungkin berlaku sehingga menyebabkan aktiviti penyeludupan ini sukar dikawal dan dibanteras.
d] Cadangan FOMCA
FOMCA mencadangkan supaya memberi peluang membuka industri pengeluaran atau pembekalan gula kpd ramai pihak, bukannya dimonopoli oleh pihak tertentu...praktikal jugak idea ini.


Apa tindakan yg disyorkan kepada kita sebagai pengguna pulak?

a] Memboikot peruncit yang menyorok bekalan dan menaikkan harga dgn sewenang-wenangnya.
Kalau nak boikot, kena beli gula di pasaraya besar la macam Giant,Carrefour,Tesco dll? Satu hal pulak setakat nak beli sekampit gula nak p sana. Kalau yg jauh tu kan dah buang masa,minyak & tenaga..
b] Memboikot gula sebagai tindakbalas kpd peniaga yang menyorok bekalan.
Kalau nak boikot gula nak bancuh air dgn apa? Ada gula alternatif ka? Nak masak lauk pula macammana? larat nak buh ajinomoto? Lagi la... memudaratkan kesihatan.
c] Pengguna menggunakan kuasa beli yg ada pada mereka. Kempen "Jangan Beli Gula"
Kalau tak boleh beli gula nak ganti dgn apa?
d] Buat kempen "Tak Nak Gula"
Pada fikiran anda boleh berjayakah kempen macam ni?
e] Diminta mengubah gaya hidup
Pengguna diminta mengubah gaya hidup kepada lebih besederhana jika gaya hidup sekarang membebankan kewangan mereka. x payah ceritalah..gula bukan mahal mana sampai nak kena ubah budget...






Jalan Penyelesaian Terbaik Pada Hemat Saya...

a] Tukarkan gula ke madu,gula merah,gula batu,gula melaka atau gula batu.
Gula2 alternatif ni sebenarnya lebih mahal drp gula pasir. Apa kerajaan nak kita beralih drp yg murah ke mahal ka? Lagipun gula2 ini lambat cair mcmana nak bancuh air?
b] Tukarkan gula pasir ke gula tiruan Sintetik
Gula Sintetik hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.
c] Tukarkan gula ke GULA STEVIA
Boleh diterimapakai juga idea ini kerana negara2 seperti Brazil & Jepun telah pun menggantikan penggunaan Gula kepada Gula STEVIA sbg perisa & pemanis makanan sejak 20 tahun lalu. Malaysia, baru nak sedar...

Apapun 'krisis gula' tetap krisis jika tidak ditangani oleh pihak berkuasa secara bijak dan drastik. Kita berharap pihak kementerian dan agensi terlibat mencari pendekatan baru yg lebih baik dan sistematik bagi memastikan keperluan makanan rakyat terus dijamin bekalan,kualiti dan harganya. Kita rakyat 1 Malaysia tidak mahu terus dibebani dgn kekurangan dan kenaikkan harga barang yg berlipatganda sedangkan kuasa beli rakyat semakin menurun. Kita juga tidak mahu terus menjadi mangsa kerakusan pihak2 tertentu yg cuba mengaut keuntungan besar drp pihak yg memonopoli dan menguasai komoditi makanan utama negara.

Namun, gula oh gula, betapa pentingnya dalam hidup manusia. Terfikir saya, hidup tanpa gula...Teh/kopi kurang gula...Jus oren tanpa gula...apalah 'makna' hidup ini? Tak ada gula, rasa 'tawar' segala-galanya. Hilang 'nikmat' dunia... Bila kurang gula ... boleh 'hipo' pulak. Pening2..


Tidakkah anda terfikir alternatif lain sebagai pemanis makanan?

Adakah Gula yang lebih selamat, lebih sihat, lebih tahan lama,lebih jimat dan yg paling penting tidak mudah 'disorok'?


Di sini ada jawapannya...!!!

Memperkenalkan "GULA MY STEVIA" daripada rangkaian produk STEVIA SWEET.




...Dengan GULA MY STEVIA akan

Tiada lagi GULA di dalam hidup kita...

Tiada lagi KETAKUTAN untuk menikmati rasa MANIS...

Tiada lagi PERTAMBAHAN jumlah PESAKIT KENCING MANIS / DIABETES...

Tiada lagi risiko Penyakit KRONIK berkaitan GULA...



Jadi...Jangan jadikan anda dan keluarga anda salah seorang pesakit diabetes yg perlu ke klinik/hospital setiap bulan!

Sanggupkah anda melihat darah mereka diambil selalu dengan rawatan yg tidak mampu menyembuhkan hanya mengawal sahaja?

Sanggupkah anda melihat mereka perlu makan ubat selagi bernyawa sepanjang hayat?
Ingatlah...!!! Ubat hospital hanya untuk mengawal bukan untuk sembuh...

Jika anda kasihkan mereka, buatlah pilihan yang tepat dengan mencuba "GULA MY STEVIA" atau rangkaian "Produk STEVIA SWEET" untuk kesihatan keluarga tersayang...


"Tiada siapa yang dapat mengubah nasib KITA kecuali kesedaran KITA sendiri..."


Jom Kita Ramai-Ramai Ganti GULA Dalam Setiap Minuman Kita!!!

......Dengan

rangkaian "Produk STEVIA SWEET"






"Kurangkan Gula Dalam Minuman, Tambahkan Manis Dalam Senyuman."


So ayuh...!!! Mari kita boikot GULA untuk kesihatan diri daripada diserang KENCING MANIS / DIABETES MELLITUS...



~~~ Terima Kasih kerana meluangkan masa melayari web ini ! - Azza Izzura ~~~



Copyright © 2010 Aneka Jus Stevia - Design by: FinalSense Blogger Templates


~ Kaedah Pembelian Produk STEVIA SWEET~


Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini sila ikuti arahan di bawah:

1) Isikan dahulu 'Borang Tempahan/Info Pembayaran' di bawah ini.
2) Saya akan reply anda dalam masa 48 jam.
Jika tidak, sila hubungi saya di 013-4268676 untuk keterangan lanjut.

Kaedah Pembayaran yang diterima ialah:

1) Bayaran secara tunai (untuk yang ambil sendiri)
Anda boleh mengambil sendiri produk STEVIA SWEET yang diinginkan di : Block A, Qtrs PBA, Jalan Bertam 1, Bertam,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

2) Memindah/mendeposit amaun menerusi mesin ATM atau laman web perbankan (internet banking) .
Transaksi perlu dibuat mengikut butiran di bawah.
Sila pilih akaun yang memudahkan anda.

Bank : MAYBANK
No.Akaun : 157410092309
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : CIMB BANK
No.Akaun : 0704-1096577-52-8
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : PUBLIC BANK
No. Akaun : 4-4054582-12
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : BANK ISLAM
No. Akaun : 07043020219139
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

CAJ COURIER:
Saya menawarkan khidmat Courier kepada mereka yang jauh dengan menggunakan khidmat ABX Courier dan Poslaju mengikut kawasan yang bersesuaian.

Tracking No akan diberi dan anda boleh check status parcel anda di web ABX Express @ Poslaju Express. Jadi parcel anda tidak akan hilang di dalam perjalanan ke tempat anda nanti.

Caj Courier >1kg : RM6.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM12.00 untuk Sabah & Sarawak.
(Ini semua bergantung kepada berat bungkusan yang anda tempah)


~Anda dialukan untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau kemusykilan menggunakan 'Borang Pertanyaan' dibawah atau sms saya di 013-4268676.

Jika borang-borang dibawah tidak dapat dihantar, sila isi maklumat kemudian copy dan paste format dan emailkan ke azzaaneka@gmail.com kerana berkemungkinan masalah server sedang berlaku ~

###Sekiranya ingin bertanya mengenai stokis/dealer berdekatan tempat anda, sila hubungi pejabat 04-4439611###

***Terima Kasih***

Ada Pertanyaan? Sila Gunakan Borang ini:

Nama:
Email Anda:
Soalan/Pertanyaan:

This online form was provided by Freedback.

Borang Tempahan / Info Pembayaran

Nama Anda *
E-mail Address: *
Alamat Penghantaran *
No.Telefon *
Nama Produk Yang Ditempah *
No.Rujukan Transaksi Bank *
Bank Penerima *
Tarikh *
Masa *
Amaun RM *
Mesej Lain

* RequiredContact form by myContactForm.com